suria

PM Ajak Rakyat Malaysia Doakan Keselamatan Mangsa Runtuhan Jambatan Kedua

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengajak rakyat Malaysia mendoakan keselamatan mangsa kejadian runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

"Pihak berkuasa akan menyiasat kejadian tragik di Jambatan Pulau Pinang. Mari kita tumpukan kepada usaha menyelamat dan mendoakan mangsa dan keluarga mereka," katanya dalam Tweet terbarunya pada Jumaat.

Empat orang dikhuatiri mati apabila penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di Batu Maung, Pulau Pinang runtuh pada kira-kira pukul 7.15 malam Khamis. - BERNAMA

Artikel Lain