Penyambung Jambatan Kedua P.Pinang Runtuh: Kami Bukan Kontraktor Utama - UEM Builders - Semasa | mStar

Penyambung Jambatan Kedua P.Pinang Runtuh: Kami Bukan Kontraktor Utama - UEM Builders

KUALA LUMPUR: UEM Builders Bhd pada Jumaat menjelaskan bahawa syarikat itu bukan kontraktor utama bagi projek Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, UEM Builders berkata, syarikat itu hanya bertanggungjawab bagi kerja-kerja struktur besar rentangan bagi jambatan (Pakej 2) dan tidak terlibat dalam pembinaan bahagian lain jambatan berkenaan.

"Oleh itu, syarikat tidak terlibat dan tidak mempunyai kaitan dengan kontraktor yang dilantik untuk membina Pakej A, Persimpangan Batu Maung," katanya.

Kenyataan itu juga menyenaraikan penerangan projek dan kontraktor yang terlibat dalam pembinaan jambatan berkenaan.

Daripada laman sesawang Jambatan Kedua Sdn Bhd, senarai menunjukkan kontraktor bagi Pakej 3A ialah Cergas Murni Sdn Bhd.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan terdapat laporan yang mendakwa UEM Builders sebagai kontraktor utama bagi jambatan tersebut.

Jalan tanjakan persimpangan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang sedang dibina di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu here, runtuh kira-kira pukul 7.15 petang Khamis.

Jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd pada Khamis berkata, kejadian berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan struktur jambatan yang dalam pembinaan tetapi hanya membabitkan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur di Pakej 3A laluan keluar dari jambatan ke lebuh raya di bahagian pulau.

Jurucakap itu berkata, projek pembinaan itu diurus kontraktor Cergas Murni, yang mempunyai rekod yang baik dalam kerja pembinaan jambatan sebelum kejadian itu. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain