Notis Permohonan Perhimpunan 15 Jun 'Tidak Lengkap' - Polis - Semasa | mStar

Notis Permohonan Perhimpunan 15 Jun 'Tidak Lengkap' - Polis

KUALA LUMPUR: Polis, pada Jumaat mengesahkan telah menerima notis pemberitahuan untuk mengadakan Perhimpunan Black 505 Kuala Lumpur daripada penganjur pada 15 Jun ini, tetapi notis tersebut "tidak lengkap".

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu pemberita penganjur gagal mendapatkan kebenaran daripada pengurusan Padang Merbok tempat yang dimaksudkan mereka, iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Mereka menghantar notis itu kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, malangnya notis itu tidak lengkap.

"Menurut ketetapan PAA, penganjur yang memberi notis kepada pihak polis juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan tempat yang mereka mahu mengadakan perhimpunan.

"Tetapi pihak penganjur, nampaknya masih belum mendapat kebenaran pihak pengurusan. Jadi notis itu tidak lengkap," kata Khalid.

Perhimpunan yang akan diadakan pada 15 Jun adalah untuk membantah tuntutan dakwaan penipuan pilihan raya dan penyelewengan semasa PRU-13.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain