Lagi Laporan Polis Terhadap Individu Hina Agong - Semasa | mStar

Lagi Laporan Polis Terhadap Individu Hina Agong

NIBONG TEBAL: Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Nibong Tebal dan lima badan bukan kerajaan pada Khamis membuat laporan polis terhadap individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melalui laman media sosial.

Wakil kumpulan yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Nibong Tebal Mohd Norhiesam Ismail berkata perbuatan menghina institusi diraja secara terang-terangan itu adalah tidak bertanggungjawab.

"Tindakan tegas juga perlu diambil Kementerian Dalam Negeri bagi menyekat mereka daripada terus memperlekehkan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di negara ini," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini.

Turut membuat laporan polis ialah empat pertubuhan Belia 4B iaitu dari Nibong Tebal, Seri Bukit, Seri Taman dan Bukit Panchor serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Changkat.

"Kami mengecam tindakan mereka yang secara biadab. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan, institusi beraja harus dihormati oleh semua pihak," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain