suria

Kematian Tahanan: Mangsa Dipukul Kerana Dianggap Penjenayah - Pakar Kriminologi

PETALING JAYA: Kekejaman dalam tahanan berlaku apabila terdapat satu pandangan ‘bersalah’ bahawa seseorang yang berada dalam tahanan merupakan penjenayah dan sepatutnya dipukul kerana kesalahan mereka.

Perkara tersebut terjadi meski pun kesalahan itu belum lagi disabitkan, kata Pakar Psikologi dan Kriminologi, Jabatan Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Geshina Mat Saat.

Beliau menambah bahawa kekecewaan, kemarahan, dan perasaan negatif yang lain mengaitkan dengan kegagalan penahanan, kesalahan, atau tekanan daripada ketua mereka dan media untuk menyelesaikan kes berkenaan, turut menyumbang kepada kekejaman itu.

“Juga ada suspek yang pernah ditahan reman polis sebelum ini (sebahagian mereka mungkin banyak kali) tetapi tiada bukti yang mencukupi untuk mengaitkan seseorang itu dengan jenayah tertentu,” katanya.

Beliau menambah, para pegawai polis merasakan mereka mengetahui bahawa suspek semestinya orang yang melakukan kesalahan terdapat jenayah tertentu tetapi mereka terpaksa membiarkannya pergi (dibebaskan).

“Oleh itu, peluang yang ada digunakan untuk memberi pengajaran kepada suspek,” katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa kes yang mempunyai sejarah mangsa dibuli, di mana pegawai polis melakukan sedemikian kerana merasakan mempunyai kuasa terhadap orang lain atau kepercayaan bahawa tiada siapa yang akan menghentikan mereka.

“Terdapat juga sikap bahawa kekejaman disebabkan oleh kekejaman. Apabila seseorang yang berada dalam tahanan itu adalah penjenayah dan dianggap kejam, maka jenayah itu hanya sebagai ‘bahasa’ yang boleh difahami mereka,” katanya.

Pakar Kriminologi, Jabatan Sains Sosial USM, Prof Madya Dr P.Sundarmoorthy berkata, tingkah laku yang agresif di kalangan segelintir anggota polis merupakan alasan paling munasabah yang menyebabkan kekejaman berlaku.

“Mereka mungkin mahu jawapan yang segera kepada masalah itu,” katanya.

Beliau percaya bahawa prosedur dan dasar organisasi tidak membenarkan sebarang paksaan yang tidak sepatutnya terhadap mereka dalam tahanan.

Oleh sebab itu, beliau berkata, jika polis mahu menjadi profesional, telus dan bertanggungjawab, mereka sepatutnya tidak teragak-agak untuk menyiasat atau mendakwa mana-mana pesalah.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 110,000 anggota polis di negara ini dan hanya beberapa kes akan memperlihatkan kesemua mereka dilihat jahat.

“Mereka tidak bimbang terhadap imej pasukan polis terjejas. Sebaliknya, ia akan menonjolkan lagi mereka di kalangan orang awam. Ia akan menunjukkan bahawa pasukan polis tidak bertoleransi terhadap salah laku,” katanya.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan kamera litar tertutup (CCTV) dipasang dalam tahanan dan bilik soal siasat bagi mengelakkan sebarang dakwaan yang keterlaluan.

Beliau menambah, terdapat perakam video dalam kenderaan polis di sesetengah negara maju.

Artikel Lain