suria

Tukang Cat Dituduh Bunuh Ibu Kandung

KAJANG: Seorang tukang cat bangunan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan membunuh ibunya dua minggu lepas.

Chai Kim Tham, 42, mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibaca kepadanya di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin, tetapi tidak membuat sebarang pengakuan.

Mahkamah menetapkan 22 Julai sebagai tarikh sebutan kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Chai dituduh membunuh Liew Kim Thai, 59, di sebuah rumah di Kampung Baru Semenyih, Kajang di sini pada pukul 12.44 tengah malam 25 Mei, mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan, yang memperuntuk hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Siamalah manakala Chai tidak diwakili peguam.

Menurut laporan, mangsa meninggal dunia kerana dipukul selepas berlaku pertengkaran tentang penggunaan pendingin hawa, di rumah berkenaan. - BERNAMA

Artikel Lain