Majlis Fatwa Akan Lantik Pakar Perjelas Hukum Agama Dan Fatwa - Jamil Khir

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan akan melantik seorang felo atau pakar rujuk untuk menjawab dan memperjelas hukum-hakam berkaitan fatwa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ketika ini terdapat banyak pihak yang mengeluarkan kenyataan atau menjawab sebarang isu berkaitan fatwa yang timbul.

"(Dengan ini) Tidak akan timbul persoalan mengenai kredibiliti mereka yang bakal dilantik ini kelak. Apa jua jawapan kepada masalah hukum hakam akan keluar mengikut sumber itu.

"Kita belum ada calon yang sesuai lagi dan perkara ini akan dibincangkan (untuk dimuktamadkan)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan khas dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan di bangunan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, di sini, Khamis.

Jamil Khir menjelaskan pelantikan individu itu juga perlu supaya dapat memberi jawapan yang lebih pantas tanpa mengambil pandangan atau mencampur aduk hal peribadi, politik atau sesuatu organisasi.

Menurutnya jawapan itu pula akan dipanjangkan ke laman portal khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bakal diwujudkan kelak selaras dengan pelantikan individu berkenaan.

Beliau berkata pewujudan portal itu juga dilihat selari dengan cita rasa masyarakat kini yang lebih suka membuat carian menerusi media baharu bagi mendapatkan maklumat termasuk hukum agama.

"Melalui portal khas ini, kita akan selaraskan semuanya sekali (jawapan dan isu mengenai fatwa). Portal ini dikemas kini secara harian supaya mudah dirujuk dan akan dipelbagaikan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab." - BERNAMA

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain