Pelumba Basikal Muda Terengganu Terbunuh Dalam Kemalangan Jalan Raya Ketika Latihan - Semasa | mStar

Pelumba Basikal Muda Terengganu Terbunuh Dalam Kemalangan Jalan Raya Ketika Latihan

KUALA TERENGGANU: Pelumba pelapis negeri terbunuh ketika menjalani latihan apabila basikal yang ditunggang beliau bertembung dengan lori di hadapannya, pagi Rabu.

Mohd Shafiq Imran Syahril, 15, sedang menjani latihan dengan kira-kira 40 penunggang basikal muda lain sebelum kemalangan itu berlaku pada pukul 9.30 pagi di Kampung Gemuruh, Tepuh.

Salah seorang daripada penunggang basikal telah terlanggar lubang di jalan, menyebabkan mereka yang lain terpaksa memasuki lorong bertentangan arah yang mempunyai lori.

Mohd Shafiq Imran telah diheret oleh lori dalam jarak beberapa meter dan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Dua penunggang basikal lain yang berumur 14 dan 19 mengalami kecederaan ringan manakala selebihnya tidak cedera.

Artikel Sebelum

PAS Tetap Sertai Black505

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain