suria

Bapa Tiri MB Perak Meninggal Dunia

IPOH: Bapa tiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meninggal dunia di Hospital Angkatan Tertera, Lumut pada pukul 7.50 malam Rabu akibat sakit tua.

Allahyarham Jaafar Long, 75, meninggalkan balu, Saidatul Badru Abdul Kader, 72, dan empat anak, menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar.

Zambry berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi ketika Allahyarham menghembus nafas terakhir.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Kampung Masjid, Pulau Pangkor dan akan dikebumikan pagi Khamis. - BERNAMA

Artikel Lain