suria

Paras Air Sg Rajang Tinggi, Usaha Apungkan Bot Ditangguhkan Hingga Pagi Esok

Pasukan penyelamat menggunakan dua jentera jentolak dan sebuah jentera penarik dalam usaha menarik bangkai bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam terlanggar batu akibat terlebih muatan di Giam Bungan, Sungai Rajang dekat Belaga pada Selasa. 
 -Foto BERNAMA

BELAGA: Dua buah jentolak yang dibawa dari kem pembalakan berjaya membuat jalan sementara hingga ke tepi tebing kiri lokasi bot karam di Giam Bungan, namun usaha mengapungkan terpaksa ditangguhkan kerana paras air Sungai Rajang yang masih tinggi.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata usaha membuat jalan sementara bermula 1.30 tengah hari ini, dan jarak antara tebing dengan lokasi bot karam dianggarkan 50 meter.

Beliau berkata dua jentolak yang dibawa dari Kem Pembalakan Iron Wall kira-kira 30 batu dari lokasi bot karam berjaya membuat jalan sementara di tebing kiri lokasi bot karam. "Mengikut rancangan awal, pasukan penyelam akan menyangkut kabel di bot, sebelum kabel ditarik oleh kedua-dua jentolak.

"Bagaimanapun paras air masih tinggi dan pasukan penyelam tidak dapat turun menyangkut kabel ke bot," katanya kepada pemberita di lokasi bot karam di sini Selasa.

Hujan lebat malam tadi dikatakan antara faktor menyebabkan paras air Sungai Rajang naik, sehubungan itu Bakar berkata pada 11 pagi tadi pihak Sarawak Hidro diarahkan untuk menutup air bagi menurunkan paras sungai.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati pasukan penyelam skuba yang diketuai oleh ASP Saga Chunggat masih menunggu paras air turun sebelum memasang 'hook' pada bot karam itu. -BERNAMA

Artikel Lain