suria

Mat Despatch Disamun Dua Lelaki Bersenjatakan Pistol, Pedang Samurai

KUANTAN: Seorang penghantar surat kerugian wang tunai RM500 apabila disamun dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dan sebilah pedang samurai di sini, Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintenden Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 4.50 petang tadi, Mohd Shahril Mohd Sehu, 24, disamun suspek di Jalan Pintas Kuantan selepas diarah menghentikan motosikal, dan seorang daripada mereka mengacu sepucuk pistol manakala rakannya meletakkan pedang samurai di leher mangsa.

"Selepas menyamun mangsa, seorang daripada suspek bertindak membuang kunci motosikal mangsa ke atas jalan raya dan terus melarikan diri," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata polis kini memburu suspek dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

Artikel Lain