suria

Kementerian Belia dan Sukan Sasar Bakat Baru

JOHOR BARU: Kementerian Belia dan Sukan akan memperkenalkan pelan jangka panjang bagi melibatkan golongan muda dan mencari bakat baru di seluruh negara.

Menterinya, Khairy Jamaludin berkata, beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk berjumpa dengan jabatan belia dan sukan negeri bagi menangani masalah berhubung pencarian dan mengasah bakat-bakat muda.

“Ini merupakan sasaran jangka panjang kementerian di mana kita akan mengubahsuai program sedia bagi mendapatkan atlet-atlet yang baik.

“Dalam tempoh lima tahun akan datang, diharapkan kita dapat mencapainya,” katanya selepas melawat Kompleks Belia dan Sukan Johor di sini, Isnin.

Artikel Lain