suria

Hasmy Agam Dilantik Semula Pengerusi Suhakam

Tan Sri Hasmy Agam
Tan Sri Hasmy Agam
Tan Sri Hasmy Agam

KUALA LUMPUR: Tan Sri Hasmy Agam dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 26 April lepas.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri di sini pada Isnin, pelantikan itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengikut subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).

"Selaras dengan subseksyen 6(1) Akta 597, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan Tan Sri Hasmy Agam dilantik sebagai Pengerusi Suhakam," menurut kenyataan itu.

Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi A. Majid dan James Deva Nayagam pula dilantik semula sebagai anggota suruhanjaya itu untuk tempoh sama.

Artikel Lain