Gunung Kinabalu Terus Jadi Tarikan Utama Pelancong Ke Sabah - Nazri

KOTA KINABALU: Gunung Kinabalu yang menjadi mercu tanda Malaysia, terutama Sabah terus menjadi tarikan utama pelancong ke negeri ini, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata selain itu, Sabah yang mempunyai lebih 32 kumpulan etnik menjadikan ia sebuah negeri yang kaya dengan khazanah budaya yang unik.

"Saya dapat merasakan masyarakat di Sabah sudah mengamalkan budaya 1Malaysia sebelum ia diperkenalkan Perdana Menteri lagi...ini adalah satu keunikan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke program Promosi Kraftangan di Lintasan Deasoka dan Pasar Ahad Gaya Street di sini, Ahad.

Mohamed Nazri berkata kementerian juga akan memberi sokongan dan bantuan kewangan bagi memaju dan mengembangkan industri serta produk pelancongan yang terdapat di 'Negeri Di Bawah Bayu' ini.

"Ini termasuk menambah baik program inap desa di Simpang Mengayau (Kudat)yang menyediakan kemudahan kepada pelancong untuk menikmati keindahan sewaktu matahari terbenam. "Walaupun saya bukan orang Sabah tetapi saya akan mempromosikan negeri ini ...dan menjadikan Sabah destinasi utama pusat pelancongan di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata kemudahan dari segi pengangkutan udara turut diberi perhatian memandangkan perhubungan ke Sabah melalui kapal terbang mempunyai ruang untuk diperbaiki.

"Di samping itu, lampu-lampu di jalan raya terutama di kawasan Kota Kinabalu dan kawasan kependudukan juga akan diberi perhatian dengan kerjasama kerajaan tempatan," katanya yang turut melawat ke Lembaga Pelancongan Sabah di sini. -BERNAMA

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain