PPIM Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun Facebook Hina Agong - Semasa | mStar

PPIM Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun Facebook Hina Agong

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Ahad membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada pukul 10.54 pagi diiringi 10 badan bukan kerajaan (NGO) lain.

Beliau berkata PPIM mewakili 100 NG0 dan antara NGO yang hadir hari ini ialah Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia, Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) dan Kelab Ikatan Ukhuwah Malaysia.

Dalam akaun facebooknya seorang wanita yang menamakan dirinya Melissa Gooi didakwa menghina Tuanku Abdul Halim. "Kebelakangan ini, budaya mengkritik tanpa batasan makin menjadi-jadi dan tidak sepatutnya berlaku kerana mereka yang menghina sangat kurang ajar. Ini merupakan racun yang akan merebak kepada seluruh masyarakat jika tidak ditangani," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Nadzim berkata perbuatan itu merupakan satu penghinaan kepada negara serta mencemarkan institusi diraja.

"Kita minta polis dan Kementerian Dalam Negeri menyiasat perkara ini serta mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Beliau menyarankan agar kerajaan mencari kaedah tertentu untuk menyekat perbuatan yang boleh menjejaskan imej negara. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Penyokong JDT Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain