suria

Pembangkang Akui Idea Penubuhan Jawatankuasa Dwipartisan Pantau SPR - Anwar

BUTTERWORTH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui usaha kerajaan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang akan dianggotai oleh Ahli Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun mendesak badan itu dirombak secara keseluruhan.

Beliau berkata, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar terlebih dahulu perlu meletakkan jawatan masing-masing disebabkan ketidakcekapan serta mendakwa mereka bersubahat dalam insiden palsu yang dikatakan berlaku pada pilihan raya umum baru-baru ini.

"Anda tidak boleh mengalihkan tumpuan dengan mengatakan SPR diletakkan di bawah bidang kuasa, Parlimen. Ia tidak membawa sebarang makna," katanya selepas merasmikan

erpesong dengan mengatakan sekarang mereka di bawah parlimen. Ia tidak bermakna sesuatu," katanya selepas turut serta dalam aktiviti pembersihan pasar Sama Gagah di Permatang Pauh di sini pada Ahad.

Pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas yang akan dianggotai oleh Ahli Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR.

Dengan langkah tersebut, Najib berkata beliau berharap agar kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan.

Beliau berkata kerajaan akan memberikan kerjasama penuh kepada SPR untuk melakukan perubahan terhadap kredibiliti sistem pilihan raya di negara ini walaupun pilihan raya yang lalu berlangsung tanpa sebarang gangguan.

Bernama memetik Najib sebagai berkata bahawa SPR bukan merupakan agensi atau jabatan kerajaan sebaliknya ia merupakan satu mekanisme yang dibentuk berasaskan Perlembagaan Persekutuan.

Mengenai laporan, polis kini sedang memantau kumpulan 'askar siber' yang menggelarkan diri mereka, 'Red Bean Army', Anwar berkata beliau melihatnya sebagai satu usaha untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada penipuan yang didakwa berlaku pada proses pilihan raya umum.

"Dakwaan mengenai 'Red Bean Army' mempunyai kaitan dengan saya dan DAP dibuat tanpa sebarang bukti dan ia akan tenggelam selepas dua minggu," katanya.

Sebelum ini kumpulan berkenaan telah memuat naik posting yang menggangu dan menakut-nakutkan warga komuniti atas talian yang tidak menyokong Pakatan Rakyat dalam beberapa isu.

Artikel Lain