Kedah Tumpu Kepada Ketibaan Tiga Juta Pelancong Setahun Ke Langkawi - Mukhriz - Semasa | mStar

Kedah Tumpu Kepada Ketibaan Tiga Juta Pelancong Setahun Ke Langkawi - Mukhriz

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (tiga, kanan) menyaksikan pertukaran Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Khalid Ramli (tiga, kiri) dan Pekan Artisan diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pekan Artisan Sdn Bhd, Robert Wyatt (dua, kanan) di Langkawi pada Ahad. Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan, Masyarakat Siam dan Tenaga Manusia, Mohd Rawi Abd Hamid (dua, kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi danTeknologi Maklumat, Norsabrina Mohd Noor (kiri). -Foto BERNAMA
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (tiga, kanan) menyaksikan pertukaran Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Khalid Ramli (tiga, kiri) dan Pekan Artisan diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pekan Artisan Sdn Bhd, Robert Wyatt (dua, kanan) di Langkawi pada Ahad. Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan, Masyarakat Siam dan Tenaga Manusia, Mohd Rawi Abd Hamid (dua, kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi danTeknologi Maklumat, Norsabrina Mohd Noor (kiri). -Foto BERNAMA

LANGKAWI: Tumpuan utama kerajaan Kedah akan terarah kepada menarik kedatangan lebih tiga juta pelancong setiap tahun ke Langkawi, dengan unjuran pendapatan kasar tahunan berkaitan pelancongan sebanyak RM3.8 bilion menjelang 2015.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tahun lepas, perolehan daripada kira-kira tiga juta pelancong ke Langkawi yang direkodkan berjumlah sekitar RM2.6 bilion.

"Kita perlu menggandakan usaha untuk merealisasikan matlamat kita. Bukanlah mudah untuk mencapai sasaran bagi Langkawi disebabkan saingan sengit dalam lingkungan wilayah ini daripada Bali dan Phuket.

"Untuk berada selangkah dua di hadapan mereka, kita mesti bertindak lain daripada yang biasa," katanya di sini Ahad selepas menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman antara Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Pekan Artisan Sdn Bhd yang akan menyaksikan pelaksanaan dua projek pembangunan eksklusif dan inovatif di Langkawi.

Memorandum itu ditandangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lada Tan Sri Khalid Ramli dan Ketua Pegawai Operasi Pekan Artisan Saifful Azhar Sabaruddin. Pekan Artisan adalah pemaju resort pelancongan dan daya penarik berimpak tinggi.

"Kita kini perlu memberi tumpuan kepada pelancong berkualiti, bukan 'backpackers' yang tidak berbelanja sangat. Hal ini pun berlaku di tempat lain juga, mereka tidak begitu menyumbang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata kerajaan negeri secara rasmi telahpun mengeluarkan arahan pemberhentian sementara dua projek melibatkan aktiviti pemugaran tanah yang dilaksanakan oleh pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS sebelum ini, masing-masing di Pedu dan Gunung Inas, Baling.

Beliau berkata perintah itu dikeluarkan terhadap projek agro-pelancongan dekat empangan Pedu selain inisiatif ladang getah Ladang Rakyat di Gunung Inas.

Bulan lepas, Mukhriz mengumumkan kerajaan Kedah akan menggantung semua aktiviti pembalakan di negeri ini, sementara menunggu kajian kesannya terhadap alam sekitar dan mata pencarian rakyat.

Katanya tindakan itu susulan aduan daripada penduduk kampung bahawa aktiviti pembalakan di kawasan mereka itu menjejaskan bekalan dan kualiti air. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain