suria

Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh Perjalanan Ke Iraq - Wisma Putra

PUTRAJAYA: Kementerian Luar, pada Sabtu menasihati semua rakyat Malaysia supaya menangguhkan atau tidak melakukan lawatan ke Iraq buat masa ini demi keselamatan mereka berikutan perkembangan terkini di negara berkenaan.

Kenyataan Wisma Putra di sini menyebut kementerian itu bimbang dengan keadaan keselamatan yang tidak stabil di Iraq dan akan terus memantau rapi perkembangannya. - BERNAMA

Artikel Lain