suria

Tiga Rakyat Indonesia Didakwa Menculik Kanak-Kanak Lelaki

KUALA LUMPUR: Tiga rakyat Indonesia, dua daripada mereka wanita, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan menculik seorang kanak-kanak lelaki tiga minggu lepas.

Pekerja Binaan Patimah, 35, Punaya, 43, dan Sahit, 42, didakwa menculik kanak-kanak berusia 18 bulan itu daripada penjaga yang sah iaitu ibunya wanita Myanmar berusia 20 tahun di Jalan Burung Puchong di Taman Bukit Maluri, Sentul di sini, pada 9 pagi 7 Mei.

Patimah mengaku bersalah manakala Sahit dan Punaya minta dibicarakan.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Patimah turut didakwa menggunakan pas lawatan sosial palsu mengikut Seksyen 56 (1)(I) Akta Imigresen 1959/63, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda.

Artikel Lain