suria

Pengambilalihan Berbalik Scope Tidak Beri Kepentingan Kepada Pemegang Saham

JOHOR BARU: Syarikat kumpulan Lau Chek Min Sdn Bhd, yang merupakan pemegang saham kedua terbesar dalam Matang Holdings Bhd membantah pengambilalihan berbalik terhadap Scope Industries oleh Matang.

Pengerusinya, Lau Liang Fook, yang mana syarikatnya memiliki 1.1% atau 1.42,500 juta saham dalam Matang berkata, ia adalah bertentangan dengan amalan sebagai pemegang saham yang akan berhadapan dengan kerugian.

“Ini kerana terdapat empat isu utama yang perlu ditangani oleh Lembaga Pengarah Matang.

“Salah satunya ialah sekiranya pengambilalihan berbalik diluluskan, wang tunai RM200 juta akan dikembalikan kepada pemegang saham tetapi Lembaga Pengarah gagal untuk menjelaskan kepada kami jika ia berlaku,” katanya kepada The Star sebelum memulakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) di Hotel Grand Paragon sini.

EGM itu diadakan bagi memutuskan mengenai pengambilalihan berbalik terhadap Scope Industries Bhd oleh Matang Holdings.

Lau menambah, isu yang lain adalah nilai Matang adalah di bawah harga pasaran pada RM48 juta manakala penilaian nilai mereka sendiri mendapati syarikat itu bernilai pada RM200 juta.

“Para pemegang saham akan berhadapan dengan kerugian kerana mereka tidak mendapat nilai pelaburan dalam Matang.

“Kami juga akan mempunyai masalah dengan terma yang menjelaskan bahawa para pemegang saham Matang tidak boleh menjual saham mereka dalam tempoh empat tahun akan datang sekiranya pengambilalihan diluluskan sedangkan peraturan ini tidak dikenakan ke atas pemegang saham Scope,” katanya.

Beliau menambah, walaupun Matang akan muncul sebagai pemegang saham utama selepas pengambilalihan itu, hanya tiga pengarah Matang yang akan dilantik dalam lembaga pengarah yang baru, manakala bagi Scope sebagai pemegang saham minoriti boleh melantik lima pengarah.

Kira-kira 500 pemegang saham menghadiri EGM dengan keselamatan yang ketat.

Kehadiran mereka disambut dengan sepanduk yang menyatakan “MCA, diminta untuk melindungi 19,982 pemegang saham minoriti. Suara kami harus didengar.”

Artikel Lain