suria

Pemegang Saham Bantah Pengambilalihan Berbalik Scope Industries

JOHOR BARU: Pengambilalihan berbalik terhadap Scope Industries Bhd oleh Matang Holdings Bhd dibatalkan selepas para pemegang saham mengundi untuk membantah cadangan itu.

Cadangan tersebut dibentangkan dan diserahkan oleh sekumpulan majoriti para pemegang saham yang menghadiri mesyuarat agung luar biasa (EGM) di sini, Jumaat.

Salah seorang daripada pemegang saham yang merupakan bekas naib presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata:

“Kebimbangan utama mereka adalah penilaian tidak dilakukan ke atas Matang dan peraturan selama empat tahun yang tidak membenarkan mereka untuk menjual saham mereka.

“Apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh empat tahun akan datang dan kami tidak mahu mengambil sebarang risiko,” katanya.

Beliau berkata, mungkin ada tawaran tender untuk Matang.

“Ini bergantung kepada keputusan mesyuarat yang akan diadakan oleh pengarah Matang tidak lama lagi,” katanya.

Artikel Lain