suria

Mokhtar Kekal Terajui Kelab Akhbar Kebangsaan

KUALA LUMPUR: Pengarang berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Mokhtar Hussain dipilih sebagai presiden Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) untuk penggal 2013-2015 pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-21 yang diadakan di sini, malam Khamis.

Timbalannya ialah Editor Bersekutu akhbar The Star, M Veera Pandiyan manakala jawatan Naib Presiden disandang Penyunting Berita Bahasa Inggeris Bernama, Muharyani Othman.

Jawatan Setiausaha Kehormat disandang M.Ghazemy Mahmud, pengarang kanan SHP Media manakala penolongnya disandang oleh M Govind Nair, ketua penyunting bahasa Inggeris Bernama.

Jawatan Bendahari Kehormat dipegang oleh S.P. Manivasagam, editor Movie News Publications manakala Penolongnya ialah L Jaiarajo dari Bernama.

Anggota jawatankuasa NPC pula terdiri daripada Beh Yuen Hui (The Star), Linda Khoo Hui Li (Bernama), A Jeyakumar (Bernama TV), K Sivanesan (Tamil Daily Voice), Farah Naz Karim (New Straits Times), Avtar Singh (The Star), Leslie Andres (New Straits Times) dan wartawan bebas Joseph Fernando. - BERNAMA

Artikel Lain