Lima Artis Veteran Berjaya Dapat Perintah Injunksi Halang Mesyuarat Agung Seniman - Semasa | mStar

Lima Artis Veteran Berjaya Dapat Perintah Injunksi Halang Mesyuarat Agung Seniman

KUALA LUMPUR: Lima artis veteran pada Jumaat berjaya mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia ke-15 yang akan diadakan pada Sabtu di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop membenarkan permohonan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Zambri Idrus yang mewakili persatuan dan tujuh yang lain serta peguam Wan Rohimi Wan Daud, mewakili lima artis veteran.

Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani dan Roslinda Buang selaku plaintif memfailkan permohonan itu pada 22 Mei lepas bagi menghalang mesyuarat agung itu yang akan diadakan pada Sabtu.

Mereka membuat permohonan itu atas alasan saman mereka terhadap persatuan dan tujuh yang lain belum selesai di mahkamah.

Pada 22 Februari lepas, kesemua artis itu memfailkan saman terhadap persatuan itu dan tujuh yang lain berhubung mesyuarat agung persatuan yang didakwa tidak sah.

Mereka menamakan persatuan itu, presidennya ketika itu Haron Aminar Rashid Salim atau Harun Salim Bachik, setiausaha Omar Kamarudin atau Yusof Kelana, bendahari Wafa A. Kadir dan Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, yang semasa itu pemangku timbalan presiden, sebagai defendan.

Tiga lagi ialah anggota jawatankuasa persatuan itu Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar dan Zaharudin Wahab.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif memohon satu deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia ke-14 serta Laporan Kewangan Tahun 2011 dan minit mesyuarat agung yang dibentang pada 26 Mei 2012 adalah tidak sah dan terbatal.

Mereka mendakwa selain plaintif dan defendan, terdapat beratus-ratus lagi yang hadir pada mesyuarat itu diragui keahliannya.

Mereka juga memohon deklarasi pemilihan anggota jawatankuasa persatuan yang diadakan pada mesyuarat itu juga tidak sah.

Plaintif turut memohon ganti rugi am, teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selain menuntut Harun Salim Bachik, Yusof Kelana dan Wafa membayar RM56,000 kepada persatuan itu atas dakwaan menyebabkan kerugian kepada persatuan berhubung pembelian hartanah.

Pada 28 Februari lepas, persatuan itu memfailkan permohonan bagi membatalkan saman atas alasan plaintif tidak mempunyai cukup korum untuk mendapatkan deklarasi bagi membatalkan mesyuarat agung persatuan itu mengikut peruntukan Fasal 13 Perlembagaan Seniman. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain