suria

Pekerja Kilang Maut Langgar Lembu

KUANTAN: Seorang pekerja kilang maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor lembu di Jalan Kuantan-Kemaman dekat Sungai Ular di sini, malam Rabu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata mangsa, Wan Mohamad Hisham Wan Mohd Mazuki, 21, dari Taman Perumahan Chengal Lempong Baru, Balok meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dalam nahas 8.55 malam itu, mangsa yang dari arah Kemaman menghala ke Kuantan, tidak menyedari kehadiran seekor lembu yang dipercayai sedang melintas jalan sebelum mangsa merempuhnya, katanya kepada pemberita Khamis.

Beliau berkata akibat rempuhan itu mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala serta badan.

Mayat mangsa katanya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain