suria

Jangan Heret Istana Dalam Tulisan Media Sosial - Istana Selangor

KLANG: Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengingatkan pengamal media sosial termasuk blog agar tidak mengheret pihak istana terutama Sultan Selangor, dalam apa juga perkara tanpa siasatan terlebih dahulu, bagi mengelakkan tanggapan salah rakyat terhadap baginda.

Beliau menafikan dakwaan yang mengatakan kelewatan pelantikan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor adalah disebabkan untuk memenuhi kehendak Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohamad Munir berkata kelewatan berlaku kerana Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya menghadap Sultan Selangor pada Isnin lepas bagi mendapat perkenan baginda berhubung senarai calon anggota exco.

"Oleh itu, tidaklah benar tohmahan yang menyatakan kelewatan pelantikan Ahli Exco Selangor disebabkan untuk memenuhi kehendak Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain