Tindakan Polis Tahan Aktivis Berlandas Undang-Undang & Jamin Kestabilan - KPN - Semasa | mStar

Tindakan Polis Tahan Aktivis Berlandas Undang-Undang & Jamin Kestabilan - KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersalaman dengan Tan Sri Lee Lam Thye semasa menerima kunjungan hormat Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan beberapa anggota exco yayasan itu di Bukit Aman di Kuala Lumpur pada Selasa. -Foto BERNAMA
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersalaman dengan Tan Sri Lee Lam Thye semasa menerima kunjungan hormat Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan beberapa anggota exco yayasan itu di Bukit Aman di Kuala Lumpur pada Selasa. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mempertahankan tindakan polis menahan beberapa aktivis pembangkang sebagai langkah penguatkuasaan undang-undang yang bertujuan mengekalkan keamanan dan menjamin keselamatan masyarakat. Beliau menyangkal dakwaan timbalan presiden PKR Mohd Azmin Ali kononnya polis cuba mewujudkan era 'mahathirisme' dengan menangkap beberapa aktivis pembangkang, sebaliknya menegaskan ia dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

"Tetapi apa jua tindakan yang kami (polis) buat adalah tindakan yang patut kami buat iaitu menguatkuasakan undang-undang. Sebab itu kami dipanggil penguatkuasa. "Polis tidak memilih sesiapa untuk kuatkuasakan undang-undang, jadi bila berlaku sesuatu pelanggaran undang-undang kami akan ambil tindakan," katanya pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye dan beberapa anggota exconya di Bukit Aman, di sini, Selasa.

Dalam pada itu Khalid menyambut baik langkah yang dibuat MCPF terutama dalam menyumbangkan idea serta cadangan bernas kepada polis melalui kerjasama dengan Jabatan Pencegahan Jenayah.

"Lawatan MCPF hari ini amat kami alu-alukan kerana sebagaimana kita tahu MCPF rakan lama kita dalam urusan pencegahan jenayah. Jadi saya harap kerjasama MCPF dengan Jabatan Pencegahan Jenayah akan bertambah erat dan saya turut mengalu-alukan kerjasama dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain dalam memberikan pandangan dan cadangan," katanya.

Sementara itu, Lee berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan polis terutama dalam mengurangkan indeks jenayah yang dilihat sebagai satu cabaran yang perlu ditangani bersama.

"Kami akan memberikan komitmen terutama kepada Jabatan Pencegahan Jenayah terutama dalam menyumbangkan pandangan serta cadangan dalam mencegah jenayah seterusnya menurunkan kadar jenayah," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tumpuan Exco Baru Selangor

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain