suria

Bot Karam: Operasi Kesan 23 Mangsa Hilang Disambung

Gambar yang dimuat naik di laman sosial Facebook kononnya menunjukkan bot ekspres berkenaan sedang berhenti di Jeti Belaga sebelum karam di Sungai Balui. Bagaimanapun sumber gambar tidak dapat disahkan.

BELAGA: Gerakan mencari dan menyelamat mangsa bot ekspres yang karam di Sungai Rajang dekat sini, diteruskan pagi Rabu bagi mengesan 23 mangsa yang masih hilang.

Ketua Polis Daerah Belaga, DSP Bakar Sabau berkata operasi yang bermula pukul 7 pagi tadi itu dilakukan oleh polis dengan kerjasama pasukan bomba dan penyelamat.

"Kita tumpukan di kawasan kemalangan iaitu di Jeram Tukok/Jeram Bungan. Pagi ini seramai 19 anggota polis dari Belaga, Kapit, Bintulu termasuk polis marin dan lima anggota bomba terlibat dalam operasi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bakar berkata anggota tambahan dari Unit Latihan Polis Kuching dijangka tiba tengah hari ini bagi membantu operasi itu.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi semalam, bot ekspres yang dipercayai membawa penumpang berlebihan karam di Jeram Tukok/Jeram Bungan ketika dalam perjalanan dari arah Bakun ke Terminal Bot Ekspres Sibu.

Ketika operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada pukul 9.30 malam tadi, polis mengesahkan 181 penumpang terselamat dan 23 masih hilang.

Menurut polis, bot tersebut hanya berkapasiti 67 penumpang. BERNAMA

Artikel Lain