suria

Setiausaha PKR Pahang Mengaku Tidak Bersalah Langgar Akta Perhimpunan Aman

KUANTAN: Setiausaha PKR Pahang, Kamarzaman Mohamed Yunus pada Isnin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan atas kegagalan memberi notis 10 hari kepada polis seperti yang ditetapkan oleh Akta Perhimpunan Aman 2012 sebelum mengadakan perhimpunan.

Menurut butiran pendakwaan, Kamarzaman, 53, merupakan penganjur bagi program Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakyat, tidak memaklumkan mengenai acara itu 10 hari lebih awal kepada ketua polis daerah.

Kamarzaman didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Hakim Mahkamah Sesyen, Fathiyah Idris diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan.

Kamarzaman diwakili Muhammad Hisham Abdul Rahim manakala timbalan pendakwa raya Salim Soib @ Hamid hadir bagi pendakwaan itu.

Artikel Lain