suria

Ketua AMK Dakwa Polis Ugut Pengadu Buat Laporan Polis Isu Dakwat Kekal

Shamsul Iskandar Mat Akin
 Shamsul Iskandar Mat Akin
Shamsul Iskandar Mat Akin

GOMBAK: Beberapa individu mendakwa mereka diugut dan ditakut-takutkan oleh pihak polis ketika mereka hadir membuat laporan polis berhubung penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Seramai 14 individu yang membuat laporan polis di dua balai berbeza mendakwa anggota polis yang bertugas secara berterusan bertanya sama ada wujud pihak lain yang mendorong mereka berbuat demikian.

Abd Razak Mohamad, 58, berkata beliau disoal siat oleh seorang anggota cawangan khas (SB).

"Saya keliru tetapi saya tahu bahawa ini bukan cara yang betul apabila kita mahu membuat laporan polis.

"Bagaimanapun pegawai itu terus menyatakan bahawa ia juga merupakan perkara biasa pihaknya untuk mengambil gambar pengadu," katanya.

Shamsul memberitahu pemberita bahawa tindakan itu jelas untuk menakut-nakutkan orang awam daripada mengemukakan laporan polis.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini memulakan kempen agar orang ramai membuat laporan polis mengenai dakwat kekal.

Mereka mensasarkan 100,000 laporan dibuat diseluruh negara.

Artikel Lain