suria

Kes Pukul Isteri: Mahkamah Tinggi Perintah Doktor Bela Diri

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan seorang doktor yang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan memukul isterinya dua tahun lepas, membela diri.

Hakim Noor Azian Shaari membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan perintah Mahkamah Majistret Ampang melepas dan membebaskan P. Mahendran, 47.

Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata majistret terkhilaf dalam isu saksi termasuk tidak mengambil kira keterangan bapa mangsa dan pegawai penyiasat kes.

Mahendran didakwa sengaja mencederakan B.Bhavani Devi, 41, dengan menendang kerusi sehingga menyebabkan mangsa jatuh sebelum memukulnya dengan tangan di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang pada 6 September 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal manakala Mahendran diwakili peguam Alexis Diana Gerald dan Allen Lopez. -BERNAMA

Artikel Lain