suria

Kementerian Kerja Raya Kaji Selesai Isu Lorong Motosikal

JOHOR BARU: Kementerian Kerja Raya akan menubuhkan satu pasukan khas bagi meneliti kebimbangan mengenai tahap keselamatan lorong laluan motosikal.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusuf berkata, pasukan itu akan mengkaji semua masalah yang ditimbulkan dan seterusnya mengeluarkan pandangan mengenai penyelesaian terbaik mengenainya.

"Lorong khas motosikal hanya terdapat di Lebuhraya Persekutuan.

"Kami difahamkan terdapat tiga agensi-agensi yang terlibat dalam perkara ini dan kita akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak terbabit untuk melihat bagaimana kita boleh memperbaiki keadaan lorong motosikal berkenaan," katanya.

Katanya agensi-agensi yang terlibat termasuk Jabatan Kerja Raya, majlis kerajaan tempatan dan pemegang konsesi lebuhraya berkenaan.

Menurut laporan akhbar The Star pada Selasa, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya berkata, kemalangan maut dapat dikurangkan sebanyak 30 peratus jika penunggang motosikal digunakan lorong yang diperuntukkan kepada mereka.

Walau bagaimanapun, menurut penunggang motosikal, laluan yang disediakan tidak selamat dan penggunaannya boleh membahayakan nyawa mereka.

Artikel Lain