suria

Bot Karam: Operasi Mencari & Menyelamat Disambung Awal Pagi Esok

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot ekspres karam di Sungai Rajang dekat Belaga akan disambung awal pagi esok, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata pada 9.30 malam Selasa, polis mengesahkan 181 terselamat manakala 23 penumpang lagi dipercayai masih hilang dalam kemalangan itu selepas bot ekspres yang sarat muatan itu terhempas ke batu dan tenggelam di Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira empat jam perjalanan menghilir sungai dari Sibu.

"Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota polis dan agensi lain yang berkaitan dihentikan pada 6 petang kerana keadaan gelap," katanya kepada Bernama di sini.

Berdasarkan siasatan awal, beliau berkata polis percaya bot itu terlebih muatan membawa lebih 200 penumpang untuk pulang menyambut Hari Gawai.

Identiti mereka yang hilang masih samar kerana belum ada jumlah rasmi penumpang memandangkan pengusaha bot ekspres itu dipercayai tidak menyimpan senarai penumpang, katanya. -BERNAMA

Artikel Lain