suria

PKR Fail Petisyen PRU-13 Minggu Ini

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengemukakan petisyen keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) selewat-lewatnya penghujung minggu ini.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata petisyen pertama itu akan difail penghujung minggu ini sebelum petisyen keseluruhan dibuat pada 10 Jun depan.

"Kita akan buat petisyen pertama minggu ini dan petisyen penuh dijangka akan dapat dibuat pada 10 Jun depan iaitu dua hari sebelum tarikh akhir untuk berbuat demikian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Artikel Lain