suria

Pegawai PR P.Pinang Dijangka Didakwa Isnin Berhubung Himpunan Di Batu Kawan

BUTTERWORTH: Seorang eksekutif di Urus Setia Pakatan Rakyat Pulau Pinang dijangka akan didakwa pada Isnin kerana melanggar peraturan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

Difahamkan satu saman telah diserahkan kepada pegawai terbabit pada Khamis yang mengarahkan beliau untuk hadir ke mahkamah pada pukul 8.30 pagi Isnin.

Beliau dijangka akan didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta berkenaan, di mana penganjur bagi mana-mana perhimpunan perlu untuk memaklumkan notis mengenai acara itu 10 hari lebih awal kepada ketua polis daerah.

Mereka yang gagal untuk berbuat demikian akan disaman sehingga RM10,000 sekiranya disabitkan bersalah.

Perhimpunan itu disertai ramai hadirin sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang beberapa kilometer di sepanjang jalan utama menghala ke acara berkenaan.

Artikel Lain