suria

Kemenangan DAP Pada PRU-13 Kerana Banyak Tabur Janji - Khaled

PASIR GUDANG: MCA boleh mendapat kemenangan yang sama seperti DAP pada pilihan raya umum lalu jika mereka mengikut taktik DAP yang hanya menabur janji kepada masyarakat Cina, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, DAP terkenal dengan sikapnya yang suka membuat banyak janji dan kebanyakan mereka dikatakan cuba untuk memenangi hati masyarakat Cina.

"MCA boleh menang juga jika mereka membuat janji-janji itu kepada masyarakat tetapi mereka tidak berbuat demikian kerana ia adalah bertentangan dengan apa yang Barisan Nasional percaya.

"BN tidak hanya tertumpu kepada satu komuniti tertentu tetapi memberikan fokus mengikut keperluan rakyat," katanya selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan Veteran Tentera Pasir Gudang di Hotel Selesa di sini, Ahad.

Mohamed Khaled berkata negara ini telah dibina melalui konsensus dan persefahaman ini telah membantu negara berkembang dan kekal aman.

Artikel Lain