suria

Anwar, Azizah Buat Laporan Polis Isu Dakwat Kekal

Anwar dan Wan Azizah membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana di sini, berhubung penggunaan dakwat kekal Oleh SPR pada PRU-13.

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis mengenai dakwat kekal yang digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Laporan polis berkenaan dibuat berikutan dakwaan bahawa dakwat kekal berkenaan tidak kekal seperti yang dijamin SPR sebelum ini.

"Saya sendiri pergi mengundi sekitar pukul 9.30 pagi dan pada kira-kira pukul 5 petang hari yang sama saya basuh jari saya dan mendapati semua dakwat yang dicalit habis tertanggal.

"Ini merupakan satu penipuan oleh SPR pada pilihan raya kali ini," kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Artikel Lain