suria

Umno Sedia Memangku Tugas Pengerusi BN Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Umno Pulau Pinang bersedia memangku tugas Pengerusi Barisan NAsional (BN) negeri sehingga Gerakan dan MCA bersedia untuk memegang jawatan nombor satu itu kembali.

Pengerusi Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata pengumuman dibuat berikutan Teng Chang Yeow yang sebelum ini melepaskan jawatan terbabit selepas gagal memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tengah.

"Kita (Umno) hanya akan memangku jawatan terbabit kerana berpegang paa perjanjian sebelum ini, bahawa hanya parti yang mewakili kaum Cina di negeri ini akan memegang jawatan Pengerusi BN negeri," katanya dalam sidang media di Menara Umno, Jalan Macalister di sini pada Sabtu.

Artikel Lain