suria

Ribuan Hadiri Himpunan 505 di Dataran PJ

Peserta himpunan tidak berganjak dan sanggup memakai payung dan baju hujan biarpun hujan turun. Mereka tetap setia menunggu ucapan daripada pemimpin Pakatan. - Foto THE STAR Oleh: ROHAIZAT MD DARUS
 Peserta himpunan tidak berganjak dan sanggup memakai payung dan baju hujan biarpun hujan turun. Mereka tetap setia menunggu ucapan daripada pemimpin Pakatan. - Foto THE STAR Oleh: ROHAIZAT MD DARUS
Peserta himpunan tidak berganjak dan sanggup memakai payung dan baju hujan biarpun hujan turun. Mereka tetap setia menunggu ucapan daripada pemimpin Pakatan. - Foto THE STAR Oleh: ROHAIZAT MD DARUS

PETALING JAYA: Himpunan Rakyat 505 yang kelapan dan terakhir bermula pada pukul 5 petang Sabtu di Datarang PJ, Petaling Jaya.

Himpunan berkenaan merupakan siri himpunan yang diadakan bagi membantah keputusan pilihan raya umum, 5 Mei lalu.

Pihak polis telah memberi amaran himpunan tersebut merupakan perhimpunan haram kerana mereka tidak memperoleh notis 10 hari lebih awal seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2011.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih berdegil dan mahu melanggar akta sedia mereka harus 'membayar dengan harga yang mahal' terhadap kesalahan yang mereka lakukan itu.

Kebanyakan peserta yang hadir berpakaian serba hitam dan mereka tiba seawal pukul 4 petang.

Majlis bermula pada pukul 5 petang dengan ucapan daripada wakil persatuan pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan.

Berikut ialah perkembangan langsung Himpunan Rakyat 505:

11:50 malam: Himpunan berakhir dengan nyanyian lagu Negaraku.

11.25 malam: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa SPR mengadakan pilihan raya kecil di kerusi yang berlaku penipuan.

Beliau berkata Pakatan Rakyat tidak akan menerima keputusan PRU-13 kerana Pakatan sepatutnya menjadi kerajaan yang sah.

11.00 malam: Semua lampu dipadamkan dan hanya lampu daripada telefon bimbit sahaja dinyalakan ketika aktivis pelajar Adam Adli menyampaikan ucapannya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima keasih kepada mereka yang menyokongnya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir lama kerana perlu pulang ke Pulau Pinang segera untuk melawat ibunya yang sedang sakit.

10.50 malam: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyampaikan ucapannya. Beliau berkata Pakatan Rakyat telah meraih kemenangan moral pada pilihan raya namun masih banyak usaha lagi yang perlu dilaksanakan.

10.30 malam: Naib Presiden PKR, Tian Chua dan aktivis Haris Ibrahim tampil di pentas dengan menyatakan mereka tidak takut dengan polis.

Kedua-dua mereka ditahan oleh polis berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Ito daripada kumpulan Blues Gang turut menghiburkan hadirin dengan lagu Apo Nak Di Kato.

10.15 malam: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anar Ibrahim tiba di tempat himpunan.

9.30 malam: Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mengkritik Pengerusi SPR dalam ucapannya.

Pihak penganjur turut menemui objek pelik dalam tabung derma antaranya ialah kad kredit dan kunci kereta.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingkatkan SPR bahawa mereka berkhidmat dengan rakyat dan bukannya kepada Barisan Nasional.

9.15 malam: Penyanyi Dayangku Intan menyampaikan beberapa buah lagu untuk membangkitkan semangat peserta. Hujan mulai turun namun hadirin dilihat terus kekal duduk di atas padang.

9 malam: Bekas Exco Selangor, Ronnie Liu dalam ucapannya menggesa agar daftar pemilih dibersihkan.

8.50 malam: Himpunan disambung semula dengan peserta berkabung selama seminit sebagai tanda 'kematian demokrasi'.

Mereka yang hadir turut menyalakan lampu di telefon bimbit dan pemetik api masing-masing.

7.20 petang: Himpunan dihentikan seketika bagi memberi ruang kepada Azan Maghrib.

7.15 petang: Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard menyampaikan ucapannya yang menggesa SPR digantikan.

7.00 petang: Peserta himpunan masih berada dalam keadaan terkawal setakat ini. Mereka masih lagi duduk untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh pemimpin pro-pembangkang.

Peniaga turut mengambil kesempatan meraih untung dengan menjual makanan ringan dan minuman kepada hadirin.

Timbalan Pengerusi Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Rashid Mansor memberitahu hadirin agar terus menyokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

6.30 petang: Polis trafik turut dilihat mengawal keadaan trafik di persimpangan menghala ke padang tersebut.

6.00 petang: Kira-kira tiga per empat daripada padang dipenuhi dengan peserta himpunan dan pihak pengajur meminta orang ramai memberikan derma ikhlas mereka.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberikan sumbangan mereka bagi membantu jentera parti.

5.52 petang: Trafik masih lagi berjalan lancar bagi semua laluan menghala ke Padang Timur. Polis trafik turut dilihat mengawal keadaan lalu lintas.

5.40 petang: Ramai peserta membawa bendera parti komponen Pakatan Rakyat di padang. Pihak penganjur dan peserta melaungkan slogan: "Kami rakyat Malaysia menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab kepada Parlimen."

Bekas Imam Masjid Kg Pandan, yang dipenjara kerana membaling kasut kepada hakim, turut menyampaikan ucapannya. Beliau menggesa orang ramai 'tidak perlu takut' menyatakan pendirian mereka.

5.30 petang: Penceramah pertama yang tampil di pentas ialah Safwan Anang daripada Solidariti Anak Muda Malaysia.

5.24 petang: Ribuan peserta, kebanyakannya memakai baju berwarna hitam, mereka berkumpul di Padang Timur dan berarak menuju ke tempat himpunan Suara Rakyat 505.

Pihak penganjur mula menyambut ketibaan para peserta dan lagu Negaraku turut dimainkan.

5.15 petang: Acara bermula dengan pengacara majlis memaklumkan himpunan berkenaan diadakan bagi membaik pulih Suruhanjaya Pilihan Raya, mengadakan pilihan raya baru di kawasan yang mereka dakwa berlakunya manipulasi undi.

Penyokong himpunan Suara Rakyat 505 mula berkumpul hingga menyebabkan sepanjang jalan masuk ke Padang Timur sesak sejak pukul 4.45 petang. 4.25 petang: Peserta himpunan yang memakai baju serba hitam mula berpusu-pusu turun di stesen LRT Taman Jaya dan beberapa kawasan sekitarnya untuk bergerak ke tempat Himpunan Rakyat 505.

Penjual barangan dan cendera hati mula membuka gerai untuk menjual kemeja-T, Himpunan 5050 berhampiran dengan stesen LRT.

Artikel Lain