suria

Kenderaan Bertambah Di Lebuhraya Plus, Trafik Masih Terkawal

KUALA LUMPUR: Jumlah pengguna di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) meningkat dari kedua-dua arah sejak pagi tadi, namun keadaan masih terkawal.

Menurut jurucakap Plus, dari arah utara, trafik perlahan dari Simpang Pulai ke Gopeng sejak pukul 1.11 petang, manakala dari arah selatan terdapat satu kemalangan di Km 278.7 pada pukul 12.23 tengah hari, menyebabkan trafik perlahan dari Seremban menghala ke Nilai hingga ke persimpangan Port Dickson.

Plus turut merekodkan kemalangan di Km 48.6 dari Simpang Renggam ke Sedenak pada pukul 1.27 petang, namun aliran trafik lancar. Jumlah kenderaan dari Kuala Kangsar ke Ipoh juga dilapor meningkat sejak tengah hari tadi.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Twitter melaporkan keadaan trafik masih terkawal dari Plaza Tol Bentong ke Plaza Tol Gombak setakat 1.08 petang.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan berhati-hati kerana jumlah trafik di lebuh raya utama negara dijangka terus meningkat menjelang petang ini. - BERNAMA

Artikel Lain