suria

Bekas Pesakit Mental Didakwa Bunuh Nenek

KOTA BARU: Seorang lelaki yang pernah mendapat rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak pada Ahad didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh neneknya di Kampung Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu, Tumpat awal bulan ini.

Shahriman Mohd Shaidi, 35, didakwa membunuh Che Minah Hassan, 84, di kampung itu pada 7.15 pagi, 11 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pada prosiding pada Ahad tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Majistret Mohd Isa Mohamed menetapkan 1 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof. - BERNAMA

Artikel Lain