suria

Tian, Tamrin dan Haris Dibebaskan Selepas Majistret Tolak Permohonan Reman Polis

Tian Chua bersalaman dengan penyokongnya sebaik sahaja dibebaskan di luar Balai Polis Jinjang. - Foto THE STAR
 Tian Chua bersalaman dengan penyokongnya sebaik sahaja dibebaskan di luar Balai Polis Jinjang. - Foto THE STAR
Tian Chua bersalaman dengan penyokongnya sebaik sahaja dibebaskan di luar Balai Polis Jinjang. - Foto THE STAR

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, Ahli PAS Tamrin Ghafar dan Ketua Asal Bukan Umno Haris Ibrahim dibebaskan daripada tahanan selepas Majistret menolak permohonan polis untuk memanjangkan tempoh reman mereka.

Terdahulu, kira-kira 100 berkumpul di luar lokap tahanan Jinjang membantah penahanan ketiga-tiga pemimpin pembangkang berkenaan.

Himpunan berkenaan diadakan di tepi penghadang yang dipasang kira-kira 50 meter daripada pintu masuk lokap berkenaan, mereka yang hadir membawa sepanduk bagi membantah penahanan trio tersebut.

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk S. Ambiga dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong antara yang hadir.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina, di sini, pada 13 Mei lepas yang didakwa berbaur hasutan.

Difahamkan dalam forum berkenaan, beberapa pemimpin kumpulan pro-Pakatan termasuk trio berkenaan, telah menggesa rakyat mengadakan himpunan secara besar-besaran di jalan raya bagi menggulingkan kerajaan.

Peguam, N.Surendran, R. Sivarasa antara mereka yang mewakili ketiga-tiga individu berkenaan.

Artikel Lain