suria

Pemilihan Parti PKR Ditangguhk​an Ke Mei 2014

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju menangguhkan pemilihan parti itu yang sepatutnya diadakan pada November ini ke Mei tahun depan.

Usul tergempar yang dicadangkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika Kongres Nasional Keadilan Ke-9 di sini pada Sabtu itu dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan parti.

Saifuddin berkata penangguhan itu dilakukan kerana kepimpinan parti kesuntukan masa untuk mengadakan pemilihan parti kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru saja selesai.

"Kita tidak menjangka kerajaan memilih mengadakan PRU-13 sehingga Parlimen hampir terbubar dengan sendirinya.

"Sekarang kita kesuntukan masa untuk membuat persiapan bagi mengadakan pemilihan parti jika ingin mengikut jadual asal," katanya.

Artikel Lain