suria

Pembohongan Pembangkang Gagal Pengaruhi Pengundi di Kota Marudu

KOTA MARUDU: Pembohongan pembangkang semasa kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) bahawa pewartaan Taman Marin Tun Mustapha turut membabitkan pengambilan enam kilometer tanah bukan pantai termasuk di Matunggong, gagal mempengaruhi pengundi di kawasan pantai.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata sebaliknya, "pengundi tidak terpengaruh dengan isu yang diada-adakan oleh pembangkang untuk mengelirukan orang ramai, dan Barisan Nasional memperoleh peningkatan undi majoriti di kawasan itu".

Ongkili yang juga anggota Parlimen Kota Marudu berkata demikian ketika merasmikan Karnival Teluk Marudu di sini Sabtu.

Teluk Marudu, meliputi Kudat, Pitas dan daerah Kota Marudu sehingga ke Pulau Banggi, adalah sebahagian daripada pelantar benua lima negara dan Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang, Perikanan dan Keselamatan Makanan.

Ia juga sebahagian daripada cadangan 1.02 juta hektar Taman Marin Tun Mustapha di utara Sabah, yang menempatkan haiwan marin diancam kepupusan seperti penyu agar dan dugong. -BERNAMA

Artikel Lain