suria

Pembangkang Setuju Berhimpun Secara Aman Tapi Buat Sebaliknya - Ahmad Zahid

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diwawancara ketika menjadi tetamu dalam rancangan Helo Malaysia terbitan Bernama TV di Wisma Bernama di sini malam Sabtu. -FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Tanpa diketahui umum, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan mencapai persetujuan perhimpunan diadakan secara aman.

Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid pemimpin pembangkang berkenaan "menyanyikan lagu yang berlainan" apabila bersama dengan penyokong mereka.

"Saya meraikan perbezaan pendapat dan bersetuju untuk berbincang dengan mereka. Mereka pun bersetuju untuk mengadakan perhimpunan secara aman dengan memberi notis 10 hari, perhimpunan sepatutnya diadakan di tempat tertutup dan perhimpunan tidak menimbulkan provokasi," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Hello Malaysia terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama di sini malam Sabtu.

Persetujuan itu katanya dicapai bagi mengelakkan timbul masalah yang tidak diingini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan mendedahkan nama pemimpin pembangkang terbabit kerana menghormati kerahsiaan perjumpaan itu. - BERNAMA

Artikel Lain