suria

BN Parti Tunggal: Pakatan Rakyat Tidak Terjejas

Antara deligasi yang hadir pada Konvensyen Nasional Keadilan Ke-9
Antara deligasi yang hadir pada Konvensyen Nasional Keadilan Ke-9
Antara deligasi yang hadir pada Konvensyen Nasional Keadilan Ke-9

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat tidak akan terjejas sekiranya Barisan Nasional (BN) berhasrat meneruskan cadangan mewujudkan dasar satu parti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan Rakyat sememangnya sudah mengamalkan parti berbilang kaum walaupun tidak bergabung menjadi satu parti.

"Pakatan Rakyat sememangnya sudah menjadi satu parti. Walaupun kita guna simbol lain-lain, rakyat akan faham.

"Ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat bukan bersifat rasis. Kita ada Melayu, Cina dan India di dalam parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Nasional Keadilan Ke-9 di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bergabung menjadi satu parti saja bagi mengembalikan sokongan rakyat dan mengelakkan masalah perkauman pada Khamis lalu.

Chang berkata, cadangan itu merupakan transformasi yang wajar dilakukan BN setelah mencapai keputusan buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

"Ia juga selaras dengan perkembangan senario politik selepas PRU-13 yang telah berlaku di mana golongan muda lebih menjurus ke arah menyokong parti dan bukannya memilih calon pada PRU-13," kata Chang.

Artikel Lain