suria

PKR Rangka 'Pelan Perang' Lima Tahun Hadapi PRU-14 - Azmin

Azmin Ali
 Azmin Ali
Azmin Ali

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan merangka pelan lima tahun bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14, kata Timbalan Presidennya, Azmin Ali.

Menyifatkan PRU-13 sebagai 'satu perang', beliau berkata PKR mempunyai tempoh masa selama lima tahun untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya akan datang.

"Kita mempunyai lima tahun untuk membina kekuatan parti, dan ini diperlukan bagi memelihara organisai berkenaan sebelum kita menghadapi 'perang' seterusnya," katanya ketika berucap pada Kongres PKR ke-9 di Dewan Sivik Petaling Jaya pada Jumaat.

Dengan memakai pakaian serba hitam, Azmin berkata pencapaian parti tidak terbatas kepada jentera pilihan raya atau bagaimana prestasi yang dipersembahkan pada pilihan raya semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata parti akan memfokuskan kepada usaha untuk meningkatkan skil politik dan mereka komited dalam usaha memenangi hati seluruh rakyat Malaysia melalui persepsi politik.

Kira-kira 500 ahli PKR hadir, dengan separuh daripada mereka berpakaian serba hitam.

Artikel Lain