suria

Paul Low Letak Jawatan Sebagai Presiden Transparency International Malaysia

Datuk Paul Low
Datuk Paul Low
Datuk Paul Low

KUALA LUMPUR: Datuk Paul Low pada Sabtu meletak jawatan sebagai Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) susulan pelantikannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.

TI-M dalam satu kenyataan berkata pada mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya hari ini, Datuk Akhbar Satar yang juga Timbalan Presiden, dipilih peneraju baharu TI-M bagi penggal 2013/2014.

Selain itu, Prof Datuk Mohamad Ali Hasan dipilih sebagai Timbalan Presiden, manakala Setiausaha Agung dimenangi Dr Loi Kheng Min dan jawatan Bendahari menang tanpa ditandingi oleh Mohamed Raslan Abdul Rahman, kata kenyataan berkenaan.

TI-M yang mengucapkan tahniah kepada Low turut menyifatkan pelantikan itu sebagai pengiktirafan terhadap organisasi berkenaan selaku institusi yang meneraju perjuangan menentang rasuah. -BERNAMA

Artikel Lain