Ummu Jah Akan Didakwa Atas Pertuduhan Menghidupkan Semula Al-Arqam - Semasa | mStar

Ummu Jah Akan Didakwa Atas Pertuduhan Menghidupkan Semula Al-Arqam

PUTRAJAYA: Balu pengasas pertubuhan yang diharamkan pada 1994, Al-Arqam, Hatijah Aam atau Ummu Jah dijangka didakwa di Mahkamah Rendah Syariah daerah Gombak, Selangor 22 November depan atas pertuduhan memimpin, menyebar dan menghidupkan semula ajaran sesat pertubuhan itu.

Penolong Pengarah Seksyen Perundangan dan Kesalahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Sharom Maarof berkata kertas siasatan sedang dilengkapkan.

"Apabila siap kelak kita akan terus membuat pendakwaan walaupun sebelum 22 November," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha di sini, Khamis.

Pada 12 Mei lepas, Ummu Jah bersama 75 orang kumpulan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) ditahan secara berperingkat oleh JAIS selepas mereka dihantar pulang kerajaan Arab Saudi kerana didakwa mengembangkan ajaran sesat Al-Arqam.

Beliau bersama pengikutnya dilepaskan dengan jaminan selepas diambil keterangan oleh JAIS dan seterusnya akan didakwa mengikut Seksyen 12(C), Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Dalam perkembangan lain, Othman berkata Jakim telah membuat pertemuan dengan jabatan agama Islam negeri untuk memantau 81 buah rumah amal di bawah syarikat itu yang dipercayai digunakan sebagai salah satu cara mendapatkan dana bagi kegunaan dan pergerakan mereka.

"Hasil pemantauan juga mendapati kebanyakan penghuni rumah ini adalah anak-anak petugas GISB sendiri, dan rumah amal ini dibuka bagi tujuan menyara hidup mereka.

"Bagi menghalalkan anak-anak mereka mendapat bantuan, mereka juga telah menukar makna yatim, kepada yatim ilmu dan amal," katanya.

Othman berkata, mengikut rekod Jakim, sehingga kini terdapat sekitar 5,000 pengikut Al-Arqam bernaung di bawah GISB. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain