suria

Tian Chua, Haris Ibrahim & Tamrin Ghafar Ditahan

Tian Chua
Tian Chua
Tian Chua

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, beliau telah ditahan oleh pihak polis di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Beliau berkata demikian menerusi Twitternya bahawa beliau ditahan di LCCT sebelum melalui pemeriksaan keselamatan untuk menaiki penerbangan, Khamis.

Beliau percaya sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Sementara itu, aktivis Haris Ibrahim juga telah ditahan oleh pihak polis berkaitan forum 13 Mei yang menyaksikan aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim yang didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan.

Difahamkan Haris telah ditahan semasa sedang makan tengah hari di Segambut dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Datuk Tamrin Ghafar yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba memberitahu beliau juga ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Artikel Lain