suria

Polis Bebaskan 18 Individu Ditahan Di Balai Jinjang Semalam

KUALA LUMPUR: Polis telah membebaskan 18 individu termasuk empat wanita yang ditahan ketika berhimpun di depan Balai Polis Jinjang malam Rabu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata mereka yang berumur antara 22 dan 54 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin polis setelah keterangan mereka diambil.

Pada Rabu kesemua 18 individu itu ditahan ketika berhimpun di depan Balai Polis Jinjang, lokasi aktivis mahasiswa pakatan rakyat Adam Adli Abdul Halim ditahan.

Mereka ditangkap kerana gagal mematuhi arahan polis supaya beredar selepas diberi masa 10 minit. - BERNAMA

Artikel Lain